malang.
semalam aku ditimpa malang. malang yang tidak berbau.
kejadian berlaku semalam, 21022010, 1800hrs, semasa aku baru keluar dari rumah. kereta aku dilanggar betul – betul di hadapan guardhouse.

bumper koyak! wallet koyak!

adoi!

T_T
kerosakan yang ada pada kereta aku, hanyalah kosmetik, bumper perlu ditukar. kecacatan pada cat juga agak minimal, hanya perlu polish untuk menghilangkan kesan calar.
pagi ini, panggilan dibuat kepada satu workshop untuk mencari bumper baru. syukur, ada hamba allah yang memakai kereta sama model dengan aku, warna pun sama. keretanya sudah tidak memakai bumper OEM, jadi aku akan membelinya. dia bersetuju untuk menjual.
esok, ambil cuti untuk pasang bumper baru.
kereta yang melanggar aku? tayarnya pecah, fender depan sebelah kanan remuk.
Pingback: out with the old, in with the new. don’t throw away the old one. « nik.anas.z