
tujuh ekor kucing – hadiah apakah ini??
02 Julai 2012.
Hai, ini adalah warkah terakhir aku untuk engkau.
Tiga bulan 20 hari, sekejap saja bukan? Tetapi terasa lama kita kenal. Mungkin kerana banyak yang berlaku dalam masa tersebut, terlalu pantas kita menunggang arus perkenalan. Dalam masa tersebut masing masing sudah bertemu dengan keluarga. Aku sudah bertemu keluarga, saudara mara, dan kawan kawan engkau, dan engkau sudah pun bertemu keluarga aku. Dalam masa yang singkat itu kita sudah mula berbicara tentang alam perkahwinan, engkau sudah mula berangan untuk tidak bekerja selepas kahwin, untuk cepat cepat dapat anak. Malah kita pernah pusing pusing tengok projek perumahan, melayari laman web untuk iklan rumah untuk di jual. Dan engkau mengatakan padaku ‘mahu mengambil kursus kahwin bulan depan’. Sepatutnya ‘bulan depan’ itu adalah Julai 2012.
Engkau menegur aku di laman web temujanji, metrodate.com. 27 Februari 2012 tarikhnya. Engkau meninggalkan nombor telefon kepada aku. Aku menelefon dan saat engkau menjawab telefon itulah permulaan hubungan percintaan kita yang berkekalan selama tiga bulan dua puluh hari. Kita berbual melalui telefon pada mulanya, dan beralih kepada skype. Aku masih ingat hari pertama kita berkenalan, aku pulang dari kerja, tidak lama selepas aku sampai ke rumah, engkau menghantar pesanan ringkas kepada aku bertanya aku di mana. Sudah sampai rumah, jawabku. Kenapa tidak telefon?, engkau bertanya. Agak terdesak, bukan?
Aku masih ingat kata – kata kau kepada aku, bahawa engkau tertarik untuk berkenalan kerana rupaku saling tidak tumpah dengan bekas kekasih kau. Itu sahaja sebabnya. Bekas kekasih engkau yang sudah berkahwin, dan entah macam mana engkau dapat tahu dia mencurangi isterinya dengan perempuan simpanan di Jakarta. Bekas kekasih engkau adalah Sagittarius seperti aku. Betapa bodohnya engkau berpendapat aku akan membuat perangai yang sama hanya kerana berkongsi bintang.
Beberapa hari selepas kita bercakap melalui telefon dan skype, kita akhirnya bertemu empat mata. Aku mengalami sedikit kekeliruan ketika mencari jalan ke rumah engkau, dan menjadi agak kecewa. Aku juga melatah dan menyebut ‘burit’. Aku agak kekok ketika pertama kali bertemu engkau, dan bercakap kasar (pada pendengaran dan penilaian engkau). Aku tidak tahu ke mana hendak dituju, kerana engkau tidak mahu turun dari kereta. Jadi aku meletakkan kereta di tempat agak tersembunyi dan kita berbual. Akhirnya engkau sendiri rasa tidak selesa dan mengajak aku beredar. Kita seterusnya pergi ke Bangsar untuk minum dan berbual. Begitulah kisahnya pertemuan pertama kita.
Pada awal perkenalan inilah aku dapat tahu engkau bukannya berseorangan. Ketika engkau berkenalan dengan aku, engkau ada kekasih. Kekasih yang bekerja dalam bidang Oil & Gas, dan ketika itu sedang bertugas jangka pendek di Labuan. Kekasih engkau sibuk bekerja di sana, tetapi engkau anggap dia mengabaikan engkau, dan terus menjadi alasan untuk engkau curang terhadap dia, dengan aku!
YOU KNOWINGLY CHEATED ON YOUR BOYFRIEND…WITH ME! AND YOU NEVER FELT GUILTY ABOUT IT.
Selepas itu semakin kerap kita bertemu, dan dari kekerapan yang tinggi perasaan “sayang” mula timbul antara engkau dan aku. Tidak lama kemudian kita sudah “berkasih dan sayang”. Setiap hari berjumpa, makan malam bersama, menonton wayang dan macam macam lagi. Bagaimana aku bangun pagi setiap hari menghantar engkau pergi kerja kerana engkau “takut” nak memandu dalam keadaan lalulintas sesak. Aku rasa engkau hanya “mengada – ada”, kerana sebelum engkau kenal aku, dan sekarang kita sudah tidak bersama lagi, tiada masalah pun mahu memandu dalam kesesakan lalulintas pergi dan balik kerja? Betapa kerana “sayang”, aku membasuh pakaian engkau, dan melipat dengan kemas sebelum diserahkan kembali, umpama dobi, dan aku bukanlah pekerja kedai dobi.
Sebagai penjawat awam, engkau harus mengikuti kursus induksi. Kebetulan kali ini kursus induksi diadakan di Kuala Lumpur, maka kita tidak jauh terpisah. Akulah yang mengemas barangan dan pakaian untuk engkau bawa ke kursus tersebut. Aku mengambil cuti pada hari pendaftaran kursus induksi tersebut untuk menghantar engkau. Di kala engkau mengadu kekurangan bantal, aku menghantar bantal ke hotel tempat kursus itu diadakan. Di saat engkau panik kerana wajib pakai kasut kulit hitam bertumit rendah, aku bergegas ke mid valley mega mall membeli sepasang kasut dan menghantarnya kepada engkau. Setiap malam aku mengambil engkau dari hotel untuk makan malam bersama kerana kononnya “rindu”. Sebenarnya tidak perlu pun berjemput setiap malam, engkau hanya mahu aku berjumpa engkau supaya aku tidak ada masa untuk hidup aku sendiri. Engkau tidak mahu aku ada hidup sendiri, kerana engkau anggap aku milik kau sepenuhnya. Puiii!
Engkau seorang yang “penyayang” (baca: overly attached, obsessed). Aku memang rasakan betapa “sayang”nya engkau kepada aku satu ketika dahulu. Mengongkong, sentiasa mengesyaki yang buruk, bersangka buruk, serba tahu, serba pandai, pandai melukis, masyhur, happening, engkau sentiasa betul, aku sentiasa salah, ramai peminat, ramai kawan. Hebat betul engkau.
Engkau banyak bercerita tentang bekas – bekas kekasih engkau kepada aku. Engkau selalu bercerita engkau di jaga dengan baik; dibelikan makanan dan toiletries apabila sudah kehabisan, sentiasa dibelikan sesuatu, baik pakaian atau hadiah, malah dibelikan kereta. Engkau bercerita sewaktu dengan bekas kekasih engkau, tidak pernah risau tentang duit, tentang sewa rumah, tentang bayaran kereta. Aku disajikan dengan cerita – cerita ini ketika engkau ragu dengan hubungan kita, dan apabila engkau teringat kepada bekas – bekas kekasih engkau. Aku akhirnya sedar, sebenarnya engkau memberi bayangan kepada aku; semua itu adalah apa yang WAJIB aku beri kepada engkau. Aku bukanlah orang berada seperti mereka, aku hanya mampu memberikan tenaga dan masa. Bukannya aku tidak mahu memberi kemewahan material kepada engkau; aku cuba setakat aku mampu. Tetapi akhirnya itu semua tidak cukup untuk melampiaskan nafsu keduniaan engkau.
Ingatkah engkau, dengan tidak malunya mengaku low maintenance girl ketika mula – mula berkenalan. Aku masih ingat hingga kini. Penipu! Ketika engkau mahu beg tangan baru, kita ke Metrojaya Mid Valley. Kebetulan ada jualan murah. Adakah engkau membuat pilihan di kalangan discounted items? TIDAK, tidak sama sekali. Barang New Arrival menjadi pilihan muktamad engkau, non-negotiable! Di celah mana engkau low maintenance?
Kita bukanlah putus hubungan sekali. Ini adalah kali ketiga, dan terakhir. Di penghujungnya, engkau mengatakan tidak gembira dengan hubungan kita. Kadang – kadang engkau risau sudah tidak rasa gembira seperti dahulu. Engkau rasa ragu dengan perasaan engkau terhadap aku. Engkau tidak gembira dengan layanan aku yang tidak memuaskan nafsu kemewahan engkau. Engkau selalu bersangka buruk apabila aku tidak bersama engkau. Engkau mengaku ada naluri anjing, ada kuasa “melihat dan mengetahui” yang tersembunyi. Tahu mana yang tipu, mana yang benar. Entah dari pertapaan mana datangnya engkau ini.
Malam terakhir, engkau menghantar pesanan ringkas kepada aku supaya mengemas dan memulangkan semua barang kepunyaan engkau yang berada di rumah aku. Aku tanya kenapa, engkau jawab kerana mahu mengemas bilik dan barang – barang. Aku iyakan sahaja. Rupa – rupanya itu adalah langkah pertama ke arah putusnya hubungan kita. Akhirnya engkau gagal membentuk aku menjadi lelaki yang menepati ciri – ciri yang ditetapkan. Nak aku menjadi lelaki romantik? itu bukan aku. Nak aku layan engkau macam Puteri Raja? ENGKAU TIDAK LAYAK.
Sehingga hari ini, engkau berkeras mengatakan aku meninggalkan engkau. Engkau yang berkeras mahu putuskan hubungan, bukannya aku. Padahal setiap kali putus, engkau yang meminta, bukan aku. Bukan yang sebelum, bukan yang sekarang. Semuanya engkau yang minta. Akhirnya aku mengaku bahawa sayang aku terhadap engkau tidak sekuat yang engkau mahu, tetapi engkau anggap selama ini aku hanya berlakon dan hanya berpura – pura sahaja. Jika engkau anggap semua yang aku buat untuk engkau selama ini hanyalah lakonan, engkau BODOH. Apa faedahnya aku berlakon? Adakah tempoh tiga bulan mencukupi untuk seorang lelaki memupuk rasa sayang sehingga tahap 100 per 100 untuk seorang wanita?
Aku gembira engkau sudah bertemu dan berkawan dengan seorang lelaki lain. Aku gembira engkau pantas melupakan aku.
ps: 27 Februari 2012 – 17 Jun 2012. Tempoh kita berkenalan, bercinta berskandal, dan berpisah. Tempoh aku menjadi “the other guy” dalam kecurangan engkau terhadap kekasih kau di Labuan.
pps: Aku masih ingat, baru seminggu kita kenal, engkau bertanya tentang “rancangan masa depan bersama”. SATU. MINGGU. sudah berangan mendirikan rumah tangga. Tidakkah ini pemikiran PSIKOTIK!?